Assalamualaikum. Hai.
A lot has happened in my life lately. I mean, duhh, dah lama gila kot tak hapdet blog opkos la banyak benda dah jadi kan ? So yeah for summary, entry kali ni aku just nak update about my life. Not yours, so kalau tak berminat nak baca, baca jugak, mungkin lama lama jadi minat hiks.
Study.
Officially tamat Bachelor of Science in Architecture di UiTM Seri Iskandar Ogos yang lepas.
Satu je yang sedih bila dah habes belajar ni. Kawan kawan. Honestly kalau most people cakap kawan zaman sekolah lah kawan sejati dan sewaktu dengannya, tapi bagi aku kawan kawan UiTM lah kawan sejati. Paling rapat. Yelah spend masa dengan diorang bukannya waktu siang 8 jam je. Kekadang sampai supper 2 3 pagi sebab buat assignment or just lepak have fun. Dengan kawan kawan sekolah tak rapat macam ni. Dah macam adik beradik.
Rindu gila dekat muka tak mandi pagi, muka tido air liur meleleh dalam studio, muka serabut/menangis/stress pasal design, muka gembira, bahagia lepas submission, muka have fun ber bbq tiap sem. If you read this Anarchive, just know that I miss you guys. I love you guys. Always.
Kerja.
Alhamdulillah, currently working as an assistant architect di Arkitek Urusbina, Kangar, Perlis. Ni first time keluar Perak. Kalau boleh actually nak kerja kat Perak je, Ipoh ke tapi rezeki dapat Perlis pulak, nak buat cemana kan. Zaman sekarang nak dapat kerja susah gila kot. Yelah, ekonomi negara tengah parah kan. Aku sebulan lebih apply kerja baru dapat offer. Tu pon apply dekat 40 company tapi dapat offer satu je.
Boyfriend.
Takdak.
p/s : Teruk gila gaya penulisan aku, dah lama tak tekan keyboard la katakan. Sorry.