Ramadhan Mengundang Memori

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng !

Kalau tengok kalendar, dah hampir sebulan aku tak meng'update' blog. Ni semua gara gara nak layan drama korea yang berlambak lambak kat youtube. Sorry dear blog, sorry dear readers.

Kalau tengok kalendar, hari ni dah masuk 21 hari kita yang bergelar umat Islam, umat Nabi Muhammad saw menjalani ibadah puasa. Terima kasih Tuhan sebab masih beri aku nafas untuk beribadah pada Ramadhan kali ni. Entry kali ni adalah mengenai insan yang istimewa di hati aku. Aku nak luah perasaan rindu aku yang makin mendalam dari sehari ke sehari. Maafkan aku kalau entry kali ni buat korang boring or whatever lah.

Azizah bt Taib dan Ariffin bin Matsaman ialah dua insan yang aku sayang selepas aku sayangkan Tuhan dan Rasulku. Mereka ialah arwah opah dan atok aku (sebelah abah). Aku merupakan cucu kesayangan arwah opah dan atok memandangkan aku ni cucu pertama mereka. Masa aku kecik kecik dulu pun aku tak tinggal dengan umi dan abah sebaliknya aku tinggal dengan arwah opah dan atok. Maybe sebab masa aku masuk tadika, tadika aku tu dekat dengan rumah arwah opah dan atok. Selalunya tetiap hujung minggu aku balik rumah abah. Rumah abah, umi takde lah jauh dengan rumah arwah opah, atok. Takde lah sejauh KL-Perak or Ipoh-Manjung. Sama sama tinggal kat Manjung.

Ariffin Bin Matsaman

Aku tak ingat arwah atok kerja ape dulu, tapi aku ingat yang setiap kali balik kerja mesti arwah atok bawak balik buah rambutan. Selalunya aku makan rambutan kat ruang tamu, sambil tengok tv. Kat rumah abah, jangan harap nak makan sambil mengadap tv. Kalau nak kena bebel 24jam, boleh lah try. Tinggal dengan arwah atok, tetiap hari aku dapat makan rambutan sampai kan rambutan jadi buah faveret aku sampai ke hari ni.

Aku ingat lagi, kekadang kalau cuti sekolah arwah atok dan opah bawak aku ke Ipoh. Kat Ipoh, arwah atok ade sebuah rumah. Bilik air kat rumah tu cuma ade telaga. Bila bangun pagi, arwah atok lah orang yang mandi kan aku.

Masa aku mula mula masuk tadika dulu, arwah atok jugak lah yang hantar@ambik aku dari tadika. Aku tak tau lah sama ada arwah atok tunggu aku habis tadika ke ape ke tapi yang pasti setiap kali habis tadika, arwah atok dah terpacak kat luar pagar, tunggu aku pakai kasut.

Arwah atok meninggal dunia masa umur aku 5 tahun (1998). Malam tu aku tidur kat rumah abah. Tengah tidur tetiba abah kejut aku dan angah bangun (Am tak lahir lagi). Tak pikir ape ape, aku ikut jelah abah dan umi. Jauh abah memandu tak henti henti tapi aku malas nak pikir time tu. Sepanjang perjalanan aku tidur je. Bila dah sampai kat sebuah rumah, abah dukung aku masuk rumah tersebut. Perkara pertama yang aku nampak kat dalam rumah tu, arwah atok tengah baring dikelilingi sanak saudara. Aku cuma pikir yang atok tengah tidur. Kenapa saudara mara aku duduk dekat dengan atok, aku tak tau.

Keesokan paginya baru aku sedar yang atok dah meninggal dunia. Aku tak meraung pun. Cuma air mata aku mengalir tengok abah, adik beradik abah semua cium arwah atok buat kali terakhir. Bila tiba masa nak kebumikan arwah atok baru aku mula nak teresak esak. Sesungguhnya aku berat hati tengok arwah atok dikebumikan. Berat hati nak lepaskan arwah atok pergi.

Arwah atok dikebumikan kat Klang. Tiap kali pergi ziarah kubur arwah atok, air mata aku pasti mengalir. Sampai sekarang aku mesti menangis bila ziarah kubur arwah atok. Sampai sekarang kenangan bersama arwah atok tak pernah luput dari ingatan aku.

Azizah Binti Taib

Kalau arwah atok selalu bawak balik rambutan, arwah opah pulak selalu masak sardin tiap kali makan tengah hari. Kekadang sampai bawak ke makan malam. Tapi kalau paksu aku balik, opah masak kari (paksu tak kahwin lagi masa tu). Terpaksa lah aku kempunan sardin buat beberapa hari. Sama seperti rambutan, sardin jugak dah jadi makanan kegemaran aku sampai sekarang. Kawan kawan ade yang cakap aku takde 'class' lah ape lah tapi bagi aku sardin makanan paling sedap kat dunia ni.

Kalau korang kecik kecik dulu selalu duduk bawak ketiak mak korang, aku pulak duduk bawah ketiak arwah opah. Ni terjadi bila nak tidur malam lah. Aku mesti tidur dengan arwah opah.

Walaupun arwah atok dah takde masa tu, aku tetap tinggal dengan opah. Nak teman opah. Kekadang kalau family nak balik ke Terengganu (kampung sebelah umi), aku tak sampai hati nak tinggalkan opah sorang sorang. Opah pulak selalu acah acah cakap yang opah nak ikut arwah atok. Lagi lah berat hati rasa nak tinggalkan opah.

Arwah opah meninggal dunia masa umur aku 7 tahun (2000). Arwah opah meninggal dunia kat Mekah masa menunaikan haji. Time tu, paksu yang teman arwah opah menunaikan haji. Aku ingat lagi sebelum arwah opah nak ke KLIA. Arwah opah peluk aku erat, lama. Masa tu aku rasa macam nak ikut je arwah opah ke Mekah. Berat hati aku nak berjauhan dengan arwah opah.

Hari arwah opah sepatutnya sampai ke Malaysia, aku dan family bergerak ke Ipoh, rumah ayah sedara aku. Abah sendiri tak tau lagi yang opah dah meninggal masa tu. Kami ke Ipoh dengan perasaan tak sabar sabar nak jumpa opah. Lama aku main main dengan sepupu sepupu aku tapi bayang opah langsung tak nampak. Aku jadi tak sabar. Tiba tiba aku dapat dengar ayah sedara aku bagitau sesuatu kat abah, "Saya nak bagitau ni. Sebenarnya mak dah takde. Mak meninggal kat Mekah. Kebumi kat sana" -lebih kurang macam ni lah.

Masa tu, hanya Tuhan saja yang tau perasaan aku. Aku tak boleh nak terima pemergian arwah opah setelah arwah atok tinggalkan aku dulu. Aku dan family balik malam tu jugak. Aku tak ingat lah sama ada malam hari yang sama or hari lain tapi aku ingat perjalanan pulang ke rumah adalah pada waktu malam. Dalam kereta aku dengar abah macam menangis, cakap kat angah, "Opah dah takde. Atok dah takde sekarang opah dah takde"

Lepas dengar abah cakap macam tu, air mata aku tak henti henti mengalir sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Paling aku terkilan sebab kubur arwah opah kat Mekah, tak boleh nak pi ziarah tetiap tahun macam ziarah kubur arwah atok. Hanya doa yang dapat aku kirimkan.

Suatu hari, abah dengan adik beradik berkumpul kat rumah arwah opah. Paksu bawak balik barang barang yang arwah opah belikan untuk aku, angah dan sepupu sepupu aku. Arwah opah belikan baju polis Arab untuk cucu cucu lelaki manakala gaun Arab untuk cucu cucu perempuan. Aku ingat lagi yang gaun aku paling cantik, lain daripada sepupu sepupu perempuan aku.

Ramadhan kali ni Ramadhan ke-11 tanpa kehadiran arwah opah dan atok. Setiap kali Ramadhan menjelma, kenangan bersama arwah opah dan atok akan bermain di fikiran. Aku terkilan arwah opah dan atok tak sempat tengok aku boleh puasa penuh. Terkilan arwah opah dan atok tak sempat tengok aku masuk sekolah menengah. Tak sempat tengok aku dapat result PMR dan SPM. Aku ingat lagi aku pernah cakap kat arwah opah dan atok yang bila aku dah pandai bawak kereta, aku nak beli kereta kancil warna merah, nak bawak opah dan atok jalan jalan. Aku terkilan tak sempat aku nak tunaikan hajat aku tu.

Tapi siapa aku nak melawan takdir. Masa mula mula arwah opah dan atok dah takde dulu memang aku selalu persoalkan kenapa DIA ambil opah dan atok terlalu awal. Tapi sekarang aku dah redha cuma aku masih meratapi pemergian arwah opah dan atok terutamanya tiap kali selesai solat sebab aku akan doakan arwah opah dan atok. Aku tau tak elok menangisi pemergian orang yang dah tiada tapi aku tak kuat nak melawan perasaan tu.

'Opah, atok.. Lia rindu sangat sangat kat opah ngan atok!'

p/s : Sorry ayat tunggang langgang, emosi punya pasal.

Post a Comment

8 Comments

  1. dulu2 memang kita persoal
    sedih lagi kan
    alhamdulillah skrg dah leh terima
    :)

    ReplyDelete
  2. ajal maut di tangan tuhan. Allah lebih sayangkan mereka kann :)

    btw, selamat hari raya. chill okay ? :)

    ReplyDelete
  3. BESTNYA SEMPAT RASA RAYA DENGAN ATOK NENEK T_T

    ReplyDelete
  4. hans : yup, alhamdulillah dah bley terima but still t'igt ah . hehe

    shedameor : orait, samad ary rya ^^

    k.yan : hmm best jugak lah wlau un skejap je .. k.yan tak sempat ke .? sorry .. huu~

    ReplyDelete
  5. memory 1GB ke 2GB ni??hehe

    ReplyDelete
  6. yg boleh dilakukn sekarang hanya berdoa kpd tuhan supaya mereka semua ditempatkan dikalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  7. sifu im : hahaa .. memori 4gb ^^

    -Z- : yup, itu aje yg mmpu d lakukan ^^

    ReplyDelete
  8. alamak sayu je hati baca...apa2 pun ajal maut ditangan tuhan na...bawa2 bersabar...Alfatihah untuk arwah :)

    ReplyDelete