Perbezaan Antara Aku Dan Dia

Assalamualaikum

TADAA !

Perbezaan Antara Aku Dan Dia

Banyak tak kuih raya? Ni pun separuh je. Ade banyak lagi. So korang korang yang gila kuih raya boleh lah menempah kuih raya kat A&R World Cookies. Sila lah singgah ke blog diorang untuk usha lebih banyak kuih raya. Terjah cepat cepat tau memandangkan raya dah nak dekat ni. Kalau lambat melepas pulak.

Berbalik pada tajuk entry kali ni, korang mesti tertanya tanya siapa 'dia' yang aku maksudkan kan?

Actually kali ni aku nak kongsi perbezaan antara aku dan adik aku yang sekarang berumur 11 tahun. Lebih friendly dipanggil Am. Aku nak merungut tentang apa yang aku takde dulu tapi Am ade sekarang. Faham tak? So guys, let's check me out !

Perbezaan Antara Aku Dan Dia
aku, Am dan Rijal(angah)

1. DUIT BELANJA KE SEKOLAH

Aku dan adik adik semua sekolah kebangsaan pada sebelah pagi dan sekolah agama pada sebelah petang. Masa aku 9 tahun dulu, duit belanja sekolah kebangsaan abah bagi aku RM 1 manakala sekolah agama pulak 60sen je. Tak pernah lebih dan pernah kurang. Kekadang terpaksa buat muka comel seposen semata mata nak duit lebih sebab nak beli aiskrim.

Tapi, masa Am 9 tahun, duit belanja untuk sekolah kebangsaan abah bagi sebanyak RM 2 manakala sekolah agama pulak RM 1. Kalau kurang, Am akan mintak bagi cukup. So memang tak pernah kurang lah duit belanja dia. Sekarang ni pulak duit belanja Am ke sekolah kebangsaan dah naik jadi RM 3 sebab dia dapat no 3 periksa baru baru ni.

2. KOMPUTER

Masa aku 9 tahun, family aku takde beli komputer lagi. Kekadang je umi bawak balik laptop kerajaan kalau umi ade kerja. Time tu memang jakun lah bila tengok laptop. Nak sentuh pun pikir 2 3 kali apatah lagi nak cari game dalam tu. Nak ade akaun facebook, blog, myspace segala jauh sekali lah. Kalau umi rajin, umi tolong bukak game bagi aku main. Bila dapat main game dalam laptop tu rasa heaven gila. Yelah, sebelum ni main patung barbie je memanjang. Besok kat sekolah terus heboh heboh dapat main game pinball kat laptop. Ish ish sadis betul.

Tapi, berbeza dengan Am. Umur 9 tahun, nak bukak laptop bila bila pun ikut suka hati dia je. Main game online kalau boleh nak 24jam. Akaun facebook dan blog wajib ade. Kalau takde tu memang kena ejek ketinggalan zaman lah kat sekolah dia. Selalu jugak berebut nak bukak facebook dengan dia. Leceh betul.

3. PLAYSTATION (PS)

Masa aku umur 8 ke 9 tahun, PS 1 memang famous. Jenuh jugak nak pujuk abah belikan benda alah ni sebab kawan kawan asyik sembang pasal benda ni je kat sekolah. Bila dah dapat tu, komputer dah tak layan sangat sebab kat komputer takde game dragon ball tapi PS 1 ade. 

Tapi, Am yang berumur 9 tahun, PS 2 pun dah tak layan. Dah dikira ketinggalan zaman. Sekarang orang layan PSP je. Boleh bawak ke mana mana, tak perlu sambung kat tv. PS 2 ditinggalkan berhabuk.

4. HANDPHONE

Aku pernah cinta anak monyet masa umur 11 tahun. Time tu, tak pakai handphone. Kalau nak borak borak lepas rindu, pakai telefon rumah je. Sejak ade pakwe tu, setiap kali telefon rumah berdering, aku lah tukang jawab. Takut kalau pakwe telefon, abah yang angkat. Nak makan penampar, boleh lah. Bila umur 12 tahun baru aku dapat memiliki handphone. Pakai Nokia 3310 je. Itupun Pakngah aku yang bagi sebab beliau nak pergi Jerman. Dah dapat handphone tu, bestnya main game bantumi dan space impact. Sadis betul =.=' Masa aku tingkatan 4 baru aku dapat handphone gambar gambar jenama Sony Ericsson G900.

Tapi, Am yang berumur 9 tahun dah pun memiliki handphone sendiri. Tak main lah handphone Nokia 3310 sebaliknya Am ade handphone Sony Ericsson s312. Tak main lah game bantumi segala sebaliknya Am main game race kereta.

5. KEMAHIRAN

Masa umur aku 9 tahun aku dah pandai iron baju, lipat baju, sapu sampah dan macam macam kerja lagi. Kalau tak lipat baju sendiri, memang kena tadah telinga dengar umi membebel. Masa aku umur 10 tahun jugak aku dah pandai berbasikal sendiri pergi sekolah. Abah akan hantar aku pergi sekolah naik kereta hanya bila hari hujan lebat. Kalau hujan renyai renyai jangan mimpi lah nak merasa aircond kereta pagi pagi.

Tapi, Am yang sekarang ni dah berumur 11 tahun tak pernah sentuh pun seterika untuk iron sendiri bajunya sebaliknya aku lah yang jadi orang suruhan untuk iron kan baju Am. Pergi sekolah pulak abah yang hantar. Tak pun kekadang abah suruh adik aku yang lagi sorang hantarkan (Rijal sekarang belajar di tingkatan 5). Memang tak pernah lagi dia merasa penat kayuh basikal ke sekolah.

Ape yang aku cuba sampaikan kat sini ialah betapa manjanya Am dan semua kanak kanak yang sebayanya. Diorang ni, lahir lahir je dah tau macam mana bentuk handphone canggih canggih. Lahir lahir je dah tau tekan tekan keyboard komputer. Lahir lahir je dah tengok tv LCD. Untung betul diorang ni kan?

p/s : Tetiba rasa suci murni je jiwa aku yang berumur 9 tahun dulu. Haha ^^

Post a Comment

11 Comments

  1. oi, seterika laa.. not ironn..

    sabar jelaa... kisah hidup aku punn sadis macam kau.. nak nak, tambah tambah aku nih anak sulung tunggal perempuan.. so kejadah nak kena marah tiap2 ari.. hahahha.. n aku abru je lepas kena marahh nii.. haish.!! aku ase nakk balikk rumah 3B tuhh.!! hahahahha ;))

    ReplyDelete
  2. terliur gila tengok kuih raya atas tuu. urm, pasal perbezaan tu, sheda pon rasa sangat ngan adek. baru darjah 1, perbelanjaan sehari rm10 okay. mewah tak budak zaman sekarang ? tapi nak buat cmne, dunia da majuu :) sabar jelaaa.

    ReplyDelete
  3. AnonymousJuly 12, 2011

    betul kanak2 sekarang lebih bertuah kan, tapi zaman kanak2 dulu lagi best ohh dari kanak2 sekarang ne..

    ReplyDelete
  4. tetapi pengalaman kita lebih berharga dari segala nya :)

    ReplyDelete
  5. masa aku umo 9 tahun xkenal pon komputer, henpon, ps..tiap2 petang asek main layang2, polis sentri, racing basikal haha

    ReplyDelete
  6. jieha : hahaa saba saba derr ^^

    shedameor : tu laa.. diorang ney mewah. d bwa arus pmodenan ^^

    muz : sokong sgt .. adek lia tak pnah merasa pnjat pokok mempelam ^^

    naz : semua y d pkatakan naz mmg betul n mmpunyai mksud mndalam ^^

    -z- : polis mati, pncuri jaga .. hakhakk ^^

    ReplyDelete
  7. AnonymousJuly 13, 2011

    bynk giler biskut raye..bagi aku sebjik boleh??haha

    ReplyDelete
  8. haha kelakar jer kakak sorunk ni, biase lah.skrng semua dah maju dah mahal.dulu mmg xsme lah ngn kita ni,hehe

    ReplyDelete
  9. waktu kecik2 memang rasa suci je :D

    ReplyDelete
  10. hahaha..btol2..bdak2 skrang macam2 diorang dapat..

    ReplyDelete
  11. sifu im : boleh boleh ..kena p beli laa ^^

    amir aizat : hehe tao tape ^^

    aisyah aina : =)

    cik mun : hurmm btul2, jeles tao . hehe

    ReplyDelete