Boros

Assalamualaikum. Hai.

Masa zaman unibersiti, alhamdulillah aku dapat biasiswa JPA. Bebudak JPA memang paling kaya lah dapat rm4000+ untuk satu semester. Namun untuk aku, duit sebanyak itu tak cukup, dan every semester mesti mintak duit tambahan dari umi dan abah (kecuali pada tahun akhir, mungkin sebab dah sedar diri dan pandai berjimat). First time dapat duit gedabak macam tu dan adalah hak aku seratus persen jadi nafsu setan aku untuk boros cukup kuat. Boleh dikatakan hampir setiap minggu sewa kereta, pergi berjoli dan shopping. Jangan tiru perangai setan ini ye adik adik, kesian kat mak ayah (sedu kejap mengenagng kekesalan yang selamanya akan terpahat di hati).

Boros aku takrifkan sebagai perangai setan membuang membelanjakan duit ke arah benda yang sia-sia dan tidak perlu. Contoh yang paling senang, you dah ada handphone samsung yang masih sihat walafiat tapi you tetap beli iphone. Baru ada 'class' kan?

"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"
(Al-Isra' ayat 26) 

Punca.

Ikut trend.

Perangai boros ni lebih dimiliki oleh mereka yang muda-muda...macam aku. Haha. Bak kata orang, 'budak baru nak up', baru merasa pegang duit sendiri. Nafsu untuk membelanjakan duit tu memang tinggi lah dengan alasan bukan duit makbapak. Perangai nak ikut trend terkini adalah salah satu punca boros berbelanja. Tudung bawal penuh almari tapi bila trend orang pakai shawl, you pun beli shawl penuh almari jugak. Skirt biasa dah berlambak tapi bila trend orang pakai skirt kembang, you pun borong skirt kembang jugak.

Sikap kebendaan.

Some people tak mampu tapi berlagak mampu. Golongan ni sangat cintakan kemewahan. Tak main lah barang bundle atau kedai tepi jalan ataupun pasar malam. Shopping mesti kat shopping mall, barang berjenama Channel ke, Armani ke, Gucci dan sebagainya. Tak main lah minum kopi di gerai kopi Pak Ali tapi mesti di Starbucks.

Kita kena cepat cepat sedar diri bahawa kemewahan ni bersifat sementara. Kalau terlalu boros sekarang kelak memakan diri di hari tua. Muda muda ni lah kita patut berjimat cermat dan menabung demi masa depan. Takkan muda ni nak tinggal dalam istana tapi tua nanti tepi longkang? 

Post a Comment

4 Comments

  1. byk tu 4 ribu..
    kalo nk ikut trend mmg boleh kempis dompet..hihi..

    ReplyDelete
  2. wah kayo bdk JPA yea...tpi mmg kdg kdg terlebih belanja dr duet belanja yg ada....hehehe...

    ReplyDelete
  3. x diakui, zaman study dlu masing2 agk mewah berbelanja sesuka hati...ye lah, dpt duit poket(biasiswa) kan... tp skarang maybe xleh mcm ni lg kot, sbb byk y kna potong kan..

    ReplyDelete
  4. Baguslah kalau dah timbul rasa na berjimat cermat tu.
    Bebrbelanja ikut keperluan bukannya kehendak.

    ReplyDelete